Jagalah Kesihatan Sebelum Terlambat..

Setiap manusia inginkan hidupnya sentiasa sihat dan cantik terutama kaum hawa. Saya juga mementingkan kesihatan dan kecantikan. Kesihatan adalah seiringan dengan kecantikan apabila badan kita sihat kita akan kelihatan cantik. 

- Kenapa kesihatan itu penting?

Perkara yang sinonim dengan kesihatan sudah pastilah penyakit. Senarai yg banyak membuatkan manusia lebih rasa bimbang. Terutama yang sedang mengalami kesakitan. Pihak kerajaan juga sering menjelaskan betapa perlunya kita menjaga kesihatan terutama kehidupan yang serba serbi memerlukan wang.

Apabila kita memikirkan tentang kesihatan lebih awal berkemungkinan untuk kita mnghadapai kesakitan itu adalah tipis. Sebelum kita sakit kita seharusnya mencegah sebelum parah. Sudah sakit tiada gunanya lagi. Biar kita berhabisan wang untuk mencegah dari diserang penyakit kronik daripada berhabisan wang sesudah sakit yg berkemungkinan beratusan ringgit dikeluarkan untuk kos rawatan yang belum pasti sembuhnya.

Manusia kini hampir lupa tentang kesihatan mereka, ditambah lagi bila mereka merasakan mereka sihat menggunakan sepenuhnya untuk perkara yang tidak berfaedah seperti bergaduh dan sebagainya. Selain itu, merokok setiap masa tanpa menghiraukan orang dipersekitaran dan merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan perokok itu sendiri malah dia juga akan menjejaskan kesihatan orang yang menghidu asap rokok tersebut.

Saya sejak dilahirkan menghidap penyakit Asma dan apabila meningkat dewasa saya tidak lagi diserang penyakit itu. Oleh kerana saya tidak mementingkan kesihatan penyakit itu datang kembali dan doktor juga telah mengesahkan saya menghidap Asma dan diberi Inhaler berwarna biru dan coklat. Selain itu, saya juga mengalami masalah sembelit saya sering rasa sakit apabila ingin 'Membuang Air Besar'. Setelah saya mengalami masalah tersebut barulah saya tahu betapa pentingnya kesihatan. Jadi sebelum penyakit saya bertambah teruk saya amalkan cara hidup yang sihat.

- Adakah Anda Tahu Bagaimana Anda Ingin Kekal Sihat? Haaaa. Mesti anda tahukan? Anda dah tahu tapi anda tidak melakukannya dan tidak amalkannya. Jadi lakukanlah sekarang jadikan ia tabiat anda bukan tabiat buruk tapi tabiat untuk kebaikan diri.

Hahahahaha.. Kalau nak sihat anda mesti tahu apa yg anda harus lakukan.



1. Cara Pemakanan
 
   - Ramai yg tidak mengambil berat tentang cara pemakanan yg mereka tahu hanya makan! makan! dan makan! tanpa menghiraukan kesihatan. Makan tidak menentu masa, makan makanan yang tidak seimbang, makan secara berlebihan. Jika nak sihat cara pemakan juga tersenarai dlm penjagaan kesihatan adalah kerana jika kita hanya tahu mkn dan tidak tau apa khasiat dlm pemakan. Makan makanan yg seimbang penting utk kesihatan. Selain dr itu, kita juga memerlukan suplement sebagai vitamin atau makanan tambahan bertujuan menambah baik nutrisi dlm diet harian dan bukan utk menggantikan DIET. Suplement juga penting sebagai makanan tambahan utk menambah kekurangan zat2 dlm mkn yg kita mkn. Anda boleh memilih utk tidak memilih apa2 suplement/vitamin asalkan anda boleh memastikan tubuh badan anda mendapat cukup nutrient drpd diet harian. 

2. Menjaga Kebersihan

   -  Kenapa kebersihan ada kaitan dgn kesihatan? Adakah anda tahu? Sesetengah manusia tidak tahu menjaga kebersihan itu juga tergolong dlm penjagaan kesihatan. Jika persekitaran tempat tinggal anda kotor peratusan anda menghidap penyakit adalah banyak. Dinegara kita anda juga tahu faktor penyakit yg disebabkan drpd keadaan persekitaran seperti Demam Denggi dan sebagainya. Jadi mulai dari sekarang anda lihatlah persekitaran yg paling hampir dgn anda jaga lah kebersihan. Apa yg harus anda lakukan jika anda melihat dikawasan yg anda lalu itu mempunyai sampah? Kebanyakan yg pernah saya lihat mereka tidak ambil peduli dan membiarkan saja sampah itu tanpa menghiraukan kesannya pada masa akan datang. 

3. Aktiviti Seharian

  -  Apakah aktiviti seharian anda? Apa yg anda lakukan setiap hari? Saya tidak tahu apa aktiviti yg anda lakukan adakah ia aktiviti yg sihat atau tidak sihat. Aktiviti seharian juga boleh membantu kita dlm penjagaan kesihatan. Lakukanlah aktiviti yg berfaedah seperti bersenam dan sebagainya. Senaman mestilah dilakukan sekurang-kurangya 3 kali seminggu.

Lakukanlah apa yg saya kongsikan pada anda. Orang yg gemuk tak semstinya dia sakit, dan org yg kurus juga tak semestinya dia sihat, jadi anda renung-renungkanlah. Org yg namapk sihat tak semestinya dia betul2 sihat dan yang kelihatan sakit sudah tentulah dia memamang sakit. Apbila kita melihat mereka yg nampak sihat dimata kita tapi penderitaannya kita tidak kelihatan.



 


No comments:

Post a Comment