Perokok Perlukan Vitamin C.. Kenapa??


Nikotin dan bahan-bahan toksik yang terdapat dalam asap rokok mempunyai kesan yang besar terhadap proses detoksifikasi badan.



Merokok menyebabkan kerosakan sel, yang membawa kepada penyakit seperti kanser, paras kolesterol tinggi, masalah jantung dan peredaran darah, gangguan pernafasan dan meningkatkan risiko osteoporosisMerokok menyebabkan badan banyak kehilangan vitamin dan mineral, juga mengurangkan keupayaan badan untuk menyerap nutrisi.



Vitamin C adalah salah satu antioksidan utama tubuh. Antioksidan dikaitkan dengan mencegah beberapa jenis penyakit. Vitamin C juga membantu anda untuk menyerap zat besi. Tahap vitamin C yang rendah dikaitkan dengan kekurangan besi.
Lebih banyak anda merokok, vitamin C akan hilang dari tisu dan darah anda. Tetapi badan anda memerlukan lebih vitamin C untuk menentang kerosakan sel-sel anda yang disebabkan oleh rokok.
Oleh itu, perokok perlu meningkatkan pengambilan vitamin C sehingga 2000mg sehari. Ini tidak boleh dicapai oleh diet sahaja, jadi vitamin/supplement diperlukan.

Tahukah anda Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk

Kepada perokok-perokok tegar Vitamin C boleh memberi sedikit perlindungan kepada paru-paru anda dan secara tidak langsung membaiki taraf kesihatan anda. Tapi jangan salah sangka ye! ini bukan bererti saya menggalakkan anda untuk terus merokok yg sebaik-baiknya adalah berenti merokok utk kesihtan yg baik.

Selain daripada Vitamin C, perokok juga perlukan Vitamin D, dan sumber Vitamin D yg anda boleh diperolehi drpd Shaklee Vitalea (Multivitamin), dan juga Shaklee Ostermatrik (Kalsium).

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee sila email saya di idatul.dayah@gmail.com atau sms/watsupp 0193589398 atau like facebook saya My Vitamin.

No comments:

Post a Comment